Header Ads

Mengenai Haji Abdurrahman Limbong di Malaysia

Setelah menguasai ilmu yang padu dan memadai, Haji Abdul Rahman Limbong aktif mengajar segenap masyarakat di Hulu Terengganu terutama di Limbong, Kemaman. Dari situlah gelaran Haji Abdul Rahman Limbong mula digunakan.

Kitab-kitab yang beliau ajar meliputi beberapa disiplin ilmu. Antaranya ialah kitab al-Ajrumiyah, kitab Mutammiman dan Tashil Nail al-Amani yang berbincang mengenai ilmu nahu dalam bahasa Arab kesemuanya serta Matn Umm al-Barahin mengenai ilmu tauhid. Untuk lebih memantapkan lagi penguasaannya, beliau juga diajarkan kitab-kitab tauhid bahasa Melayu. Antara kitab yang pasti tidak diabaikan ialah Faridah al-Faraid dan ad-Durr ats-Tsamin.

Kitab fikah bahasa Arab yang pernah diajarkan oleh Haji Abdul Rahman Limbong ialah Kitab Tahrir dan bagi ilmu tasawuf, kitab Hidayah as-Salikin dan ad-Durr an-Nafis yang kedua-duanya dalam bahasa Melayu.

Tidak ada komentar

Diberdayakan oleh Blogger.